Friday, January 11, 2013

PENGENALAN

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari keuntungan. Selalunya, disebabkan terlalu nak mendapat keuntungan peniaga terlepas pandang atau tidak menghiraukan risiko yang bakal dia hadapi.

Punca kerugian yang boleh saya senaraikan adalah berikut ;
1. Tidak mempunyai ilmu
2. Bukan bidang anda
3. Tiada pengurusan akaun
4. Tiada kawalan dan pentadbiran kewangan yang baik
5. Tidak fokus
6. Sikap "Mendengar Guruh Dilangit Air Setempayan Dicurahkan"
7. Tidak membuat kajian pasaran
8. Tidak mempunyai perancangan perniagaan 





Perniagaan mungkin merupakan salah satu sumber rezeki yang paling mendatangkan kepuasan. Apatah lagi di sebuah negara seperti Malaysia yang rata-rata rakyatnya menikmati taraf kehidupan yang baik. Dengan ekonomi yang berkembang pesat, Malaysia menawarkan pulangan menarik kepada para usahawan dan peniaga.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.





No comments:

Post a Comment