ISLAM DAN PERNIAGAAN
Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan.
Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti
perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling
banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10
rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan
barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling
memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi
fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh
memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat
mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang
melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan
balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun
demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka
ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh
mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
Perkara yang diharamkan dalam perniagaan
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia
tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada
prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia
terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara
dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti
perniagaan ialah:
1. Riba.
2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
4. Rasuah.
5. Memonopoli barangan (ihtikar).
6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.
8. Haram menjual najis.
Demikian adalah antara perkara-perkara yang diharamkan dalam aktiviti
jual-beli atau perniagaan. Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan
di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam.
Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan
mudarat dan kesulitan kepada manusia. Sekiranya semua manusia bepegang
teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat
rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Pengiraan Zakat