Kebanyakan orang yang baru nak berniaga dan yang teruja nak memulakan perniagaan sendiri atau yang ada duit dan buat keputusan nak berniaga pasti akan tertanya-tanya NAK BERNIAGA APA ?
Soalan itu adalah satu soalan yang sihat, sebab tanpa soalan itu kita tak tahulah nak mulakan perniagaan apa.
Jadi untuk mereka yang nak memulakan perniagaan, nasihat dan tips saya ialah :-
1. Sektor Perniagaan yang nak diceburi.
Bagi yang baru nak berniaga pilih sektor apa yang anda nak ceburi, sektor perkhidmatan, sektor peruncitan, sektor pemborong, sektor impot dan expot atau sektor pengusaha perusahaan kecil dan sederhana.
2. Apa yang kita ada ?
Apa yang anda ada nak mulakan perniagaan baru? Tanya diri sendiri soalan ini.
a. Pengalaman - pengalaman mengendali perniagaan orang lain
b. Pengetahuan - perniagaan yang ingin diceburi atau produk
c. Modal - modal pusingan kecik atau besar itu subjektif
d. Jaringan Perniagaan - kawan-kawan, sanak saudara, keluarga, kenalan, FB, Twitter, Youtube dsbnya
e. Lokasi - premis kedai, pejabat, tapak website, FB, Twitter, YouTube dsbnya.
3. Daya maju perniagaan
Apakah perniagaan yang anda hendak ceburi itu berdaya maju? Potensi perniagaan itu samada boleh dikembangkan ke tahap yang lebih luas.
4. Daya tahan perniagaan
Apakah perniagaan yang anda hendak ceburi itu mempunyai daya ketahanan yang lama? Potensi perniagaan yang boleh diturun kepada anak dan cucu.
5. Sumber manusia
Berapa pekerja yang diperlukan
6. Kos yang terlibat
Apakah kos yang terlibat dalam perniagaan
7. Konsep
Semua orang boleh berniaga perniagaan yang sama tetapi KONSEP sesuatu perniagaan itu yang membuatkan ianya berlainan.
8. Kerumitan perniagaan yang akan dihadapi
Apakah kerumitan perniagaan yang akan anda ceburi itu boleh di atasi atau mungkin tiada kerumitan langsung.
Senaraikan jawapan kepada soalan-soalan tadi dan anda akan dapat melihat sendiri potensi perniagaan yang hendak anda ceburi.
No comments:
Post a Comment